FAEDAH PENUBUHAN AKRAB

Faedah penubuhan AKRAB boleh dilihat daripada hasil kerja pegawai atau budaya sesebuah organisasi. Impak penubuhan AKRAB dalam sesebuah organisasi memerlukan suatu jangka masa yang agak panjang untuk dilihat dari segi hasilnya. Namun berdasarkan kepada pemerhatian dan matlamat penubuhan AKRAB ini, ia mampu untuk :

i. Melahirkan pegawai yang kompeten;

ii. Mewujudkan suasana kerja yang harmoni;

iii. Membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh pegawai;dan

iv. Meningkatkan empati di kalangan warga organisasi.

Selain itu, organisasi yang menubuhkan AKRAB akan mudah memberikan tumpuan kepada menjana modal insan ke arah perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti melalui pengalaman nilai-nilai murni di kalangan ahli AKRAB.